Saturday, December 26, 2009

not in a good mood...

ape title nie ye?aku sendiri pun tak tau ape maksudnya...tp yang penting aku mmg takde mood nak wat ape2x..lately,aku selalu sedih...cepat sgt sensitif..n of course cepat nangis..aku tak tau,hidup mcm terumbang-ambing...not on da rite track...aku tak tau mase dpn...macam mane aku nak lalui...banyak rintangan n dugaan yang hanya menanti kedatangan aku ke tempat 'diorang'...aku merenung kehidupan yang bakal aku lalui...rase seperti kaki ini dah tak mampu untuk melangkah..longlai..tak tau di mana mahu dicapai tenaga secukupnya...untuk aku teruskan perjalanan hidup yang dipenuhi dgn duri beracun...mungkin aku akan melepasinya jika dapat ditemukan dengan penawarnya...tp mustahil aku akan sampai ke garisan penamat jika diriku dipenuhi dengan racun yang berbisa...

yANg teRsiRat..

Jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail...
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
jangan sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja...
kerana ia akan sakit dek kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
dan..
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup....

begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu...
hendaklah kamu menjaga hatinya...
jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja...
kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu....
dan...
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia masih mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada....
jangan terlalu mengharap pada takungannya...
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu...
kerna....
apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba untuk membaikinya....
mungkin ia dapat digunakan semula...

begitu juga jika kamu memiliki seseorang...
terimalah seadanya...
janganlah kamu terlalu mengaguminya...
dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa...
anggaplah dia manusia biasa...
kerna...
apabila sekali dia melakukan kesilapan....
bukan mudah bagimu untuk menerimanya...
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...
sedangkan jika kamu memaafkannya...
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya...

Jika kamu memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
mengenyangkan dan berkhasiat....
mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain...
terlalu ingin mengejar kelazatan...
kelak nasi itu akan basi...
dan kamu tidak boleh memakannya...
akhirnya kamu akan terkilan...

begitulah juga jika kamu bertemu dengan seorang insan...
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
menyayangimu dan mengasihimu....
mengapa kamu harus berlengah...
cuba membandingkannya dengan yang lain...
terlalu mengejar kesempurnaan...
kerna..
kelak kamu akan kehilangannya apabila die menjadi milik orang lain...
dan akhirnya kamu akan menangis dalam diam....

"Bersyukur dan Redha dengan apa yang dikurniakan oleh-NYA"