Saturday, June 27, 2009

Kisah Lalu...

Sekarang jam menunjukkan pkul 12.30 tgh malam waktu Malaysia...kebiasaanya,ramai rakyat Malaysia yang dah dibuai mimpi...tapi ade juga yang masih berkeliaran di luar dgn aktiviti2x yang tidak diketahui..ade aktiviti yang berfaeda such as terpaksa bekerja or aktiviti yang mmg langsung takde faedahnya like lepak..tiba2x malam nie,aku jadi sunyi n sepi..entahlah tak tau nape perasaan nie bertandang lagi..mungkin teringat kenangan lame yang masih mampu membuatkan ku tersenyum hingga kini....aku tak tau kenapa begitu sukar untuk aku melupakan segalanya...bagai terlekat di kotak fikiranku ini.....kesannya terlalu mendalam sungguhpun semuanya hanya dalam waktu yang singkat...walaupun cuma 2 thn kalau tak silap pengiraanku,tp bagiku semuanya bagai satu kerdipan mata..ramai menanyakan kepadaku apa erti cinta???aku tersenyum..kerna bagiku cinta ini tak dapat dilihat atau disentuh....cuma boleh dirasa...
ianya datang tanpa diminta atau diduga...mungkin kerana itulah aku masih seperti dulu..mengimbau kenangan yang masih boleh membuatkan ku ingat setiapnya...walaupun berjauhan tetap mekar..namun kini,semuanya hanya kisah silam...yang tertinggal dibelakang pada setiap hari apabila ulangtahunku..yang aku pasti dan yakin,aku bukan untuknya..yang terlalu baik untuk diriku yang punya banyak kisah-kisah silam membelenguku...aku pasti,sekarang dirinya bahagia...kudoakan semoga dirinya bahagia sentiasa,insya-Allah..berbalik pada persoalan tentang cinta...ramai teman2x ku bertanya kenapa wujudnya putus cinta???aku tersenyum lagi..dengan selamba aku menjawab...'bukan jodoh'...temanku bertanya lagi,'macam mana nak tau die jodoh kita?'...ake tergelak kecil...aku menjawab dengan tenang..'semuanya Allah dah tentukan,sampai masanya nanti apabila kamu telah berjumpa dengan jodohmu...insya-Allah kamu akan punya rase untuk melanjutkan hubungan ke peringkat seterusnya..kamu kena yakin dengan ketentuannya..'....aku menambah,'tp yang paling penting yang perlu diingat...jangan melampaui batas ketika bercinta...ingat landasan syari'at islam'....Islam melarang cinta atas dasar nafsu semata...ingat Allah jadikan setiap manusia ini berpasang-pasangan adalah untuk melengkapi satu sama lain....bukan atas dasar nafsu semata-mata.... aku teringat kata seorang ustazku ketika aku dibangku sekolah,'khalifah punya tugas yang sangat berat yang perlu dipikul...jangan biarkan dirimu dibuai dek mimpi-mimpi yang tak sudah.....ingatlah Islam itu agama syumul...jangan kotorkannya dengan kelakuan-kelakuan yang sumbang'...diriku juga tak sempurna untuk menolak sebarang kebarangkalian terjadinya....nau'zubillah min zalik..moga-moga Allah melindungi kita semua,insya-Allah....

Thursday, June 25, 2009

Insan

Insan...
andai engkau mengerti....
andai engkau mendengar....
hatiku berbisik...
mendendangkan bait2x indah...
yang bisa menenangkan hati yang gundah..
dek dugaan dan cabaran yang ditempuh..

Insan..
andai engkau tahu..
betapa istimewanya engkau dihatiku..
yang sentiasa ada dgnku..
menemaniku saban waktu....
mendengar rintihan ku...

Insan.
engkau sentiasa disisiku..
sedih,pilu,gembira....
kesemuanya engkau ada dihadapan mataku..
engkau tak penah marah...
jika kata2x dan perbuatanku membuatmu terguris..
jiwamu terhiris..
malah,engkau masih mampu tersenyum...
mengukir senyuman yang penuh erti...
yang bisa membuatku tenang mengamati..

Insan...
tak pernah lagi aku lafazkan ungkapan ini...
ungkapan yang tulus dariku..
aku sayang padamu...
terima kasih kerna engkau sentiasa bersama2x ku..
tak kira waktu...
aku bersyukur kerna dipertemukan dgnmu...
duhai SAHABATKU........

Sunday, June 21, 2009

Wanita,mudahnya melangkah ke syurga...

Betapa bertuahnya menjadi seorang wanita....artikel nie yah dpt dr seorang teman...artikel nie sgt2x bermakna kepada seorang wanita...wanita,bersyukurlah kita dilahirkan sebagai wanita yang Allah janjikan pelbagai keistimewaan dan ganjaran jika kita menuruti segala perintah-NYA.......artikel ini hanya sekadar perkongsian dgn sahabat-sahabat dan juga untuk memperingatkan diriku sendiri....

"Jaga diri dan hiasi peribadi"

1. Seorg wanita solehah adalah lebih baik drpd 70 org wali.

2. Seorg wanita solehah adalah lebih baik drpd 70 lelaki soleh.

3. Seorg wanita yg jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yg jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yg hamil adalah lebih baik drpd 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil.

5. Wanita yg mberi minum susu kpd anaknya drpd badannya (susu badan) akan dpt satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yg diberikannya.

6. Wanita yg mlyn dgn baik suami yg pulang ke rumah di dlm keadaan letih akan mdpt pahala jihad.

7. Wanita yg habiskan mlmnya dgn tidur yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdpt pahala sprt membebaskan 20 org hamba.

8. Wanita yg melihat suaminya dgn kasih syg dan suami yg melihat isterinya dgn kasih syng akan dipandang Allah dgn penuh rahmat.

9. Wanita yg menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian mjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal drpd suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dgn menunggang kuda yg dibuat daripada yakut.

10. Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yg sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yg hamil akan dpt pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yg hamil akan dpt pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebgi mati syahid.

18. Jika wanita melyn suami tnp khianat akn mendpt pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kpd anaknya yng menangis, Allah akn memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akn mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yng meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akn memasuki syurga.

23. Jika suami mngajarkan isterinya satu masalah akan mendpt pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



Pandangan : Amatlah mudah bagi sorg wanita untuk mnjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yng masih hidup dlm kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jgn ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yg belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kpd kemungkaran. Iman akn dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak smpi ke rumah sebab dipertengahan jln kita bertemu Izrail.

Last Day of Training.....

alhamdulillah,pejam celik pejam celik dah hbs dh attachment yah kat court..rase mcm sekejap jea 6 minggu yea..tau2x jea dh last day kat situ...lps nie mesti rindu kan kat sne,yelah tak leh masuk court dh...hihihi....lps nie kena gie kls pule....
last wik yah kat sne,takde gie hearing pun..just siapkan research on backlog cases..our last assignment....sedih pule biler kate last assignment nie....huhuhu....
last day,yah and kawan2x semua ade hi-tea dgn our supervisor..Mr SelvaRajah,Puan Mislia n Puan Arliene...yah cume kenal encik selva n puan mislia jea...puan arliene kurang sikit,sbb mse yah n kawan2x ditugaskan ke high court puan arliene takde...so,mase kitorang kat high court yah n kawan2x disupervise oleh Tuan Isa.....berbalik pada hi-tea td,b4 jamuan tue..encik selva adelah bagi ucapan,teguran n nasihat for us to be a lawyer...yelah,semua yang encik selva,puan mislia n puan arliene cakap tue semuanya betul...1st thing is life,kite kena ade confident...jangan peduli ape org nak cakap,kite kena yakin dgn diri sendiri...tp yah pun tak confident sgt,hehehe...tp at least kite tau kite boleh...betul tak??lagi satu,attitude...kite kena bawe diri kite dgn betul n sentiasa tepati masa dan janji...wah2x,yah dh ala2x pakar motivasi nie....hihihi....

Then,after meeting tue..sesi jamuan dan bergambar....bergambar tue sesi sendiri yang diadakan oleh student2x..hihihi...diketuai oleh pa'an,yelah die dh ala2x photographer nie...kamera die mmg superb....hehehe...
ape lagi,macam2x gambar ade...yang kandid,yang tak kandid...isk3x...mmg ala2x model dh semua tue..hihihi...yah jea yang low profile..yah nie ala2x cameraphobia sikit..hehehe....banyak juga rasenya gambar yang diorang amik,smpi ke pintu bilik hakim pun jadi mangsa...yelah,lps nie susah nak dtg lagi kat mahkamah nie tau....hihihi........lps habis bergambar semua tue,yah n kawan2x meneruskan percutian yang hanya tinggal sisa nie..yelah,lagi 2 minggu jea kls nak start.....huhuhu...pendeknye cutiku....hehehe...takpelah kan,janji sepanjang cuti sem nie yah dpt kumpul banyak pengalaman..banyak sgt2x ilmu yang yah dpt,dpt kenal dgn hakim2x,lawyer2x,pegawai2x pendaftar smpikan ke wartawan..mmg besh...
lagi satu,dkt sini kite dpt tgk banyak kerenah manusia...macam2x perangai yang berbeza....dkt sini juge kite dpt mengenali kawan2x kite...semuanye terletak kepada kite untuk membuat kajian......hehehe...

Tuesday, June 16, 2009

haTi


Bercerita tntg hati nie,yah terkilan juge..susah nak tafsirkan apa yang tersirat..kdg2x,pergerakan kite mungkin boleh menipu pandangan mata manusia..tetapi hati tak penah menipu diri kita...ape yang kita rase selalunya adalah perasaan sbnr kite.air mata juga tak penah menipu walaupun bibir tak berbicara.perasaan yang hampa dan terluka akan terus berdarah kalau tak diubati..tapi bagi yah,selagi ade tali persahabatan....yah cuba perbaiki hati yah yang luka dan terhiris.walaupun mungkin org ramai tak tau ataupun tak perasan yang hati ini telah bernanah...menahan sakit tusukan.kdg2x yah rase macam ditipu,kenapa perkara mcm nie berlaku kat yah??yah cube sedaya-upaya membantu ape yang terdaya...tetapi nape perkara macam nie selalu terjadi?mungkin Allah nak uji sejauh mane kesabaran diri nie..tetapi kdg2x mengalir juga air mata nie smpi tak tau ape puncanya..sebab tak tahan rasenya dgn ujian yang melanda..inilah yang dikatakan wanita,sungguhpun nampak keras diluar tetapi didalamnya lembut bak kapas.....senyuman yang terukir,kelembutan yang terserlah selalunya punyai maksud tersirat disebaliknya...

Sunday, June 14, 2009

cinTa atau suKa ???

perasaan....
cinta dan suka...
kedua-duanya hampir serupa,tetapi ade perbezaannya....pernah sekali aku bertanya kepada hati...apakah itu cinta?hatiku diam.....aku bertanya sekali lagi,apakah itu suka?hatiku juga diam.mungkin sukar bagi hatiku menjawab kerna sukar hendak menerka apabila hati ini belum penah bersedia untuk kedua-duanya....kenapa Allah hadirkan perasaan cinta dan suka ini??pada pandangan mataku,Allah jadikan perasaan ini adalah untuk menguatkan lagi perasaan kasih dan sayang diantara manusia....aku sendiri tidak pernah merasai apakah perbezaan diantara kedua-duanya..atau mungkin aku penah laluinya tanpa aku sedarinya....mungkin juga...hanya Allah yang mengerti....cinta..perasaan yang pelik....perasaan cemburu yang membuak2x....sifat waspada yang terlalu tinggi...suka....perasaan yang sinis...kerna hanya dengan sekali pandang,perasaan itu timbul....dan yang paling menarik,ianya hanya sekejap sahaja...suka dan cinta....dua perasaan yang timbul dari hati yang sama...cume dari sudut pandangan yang berbeza....
insan istimewa,terima kasih atas artikel yang begitu menarik tentang suka dan cinta ini...banyak membantuku mengenal kedua-duanya dengan lebih mendalam....


ANTARA CINTA DAN SUKA

Cinta
kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

Sayang
kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Suka
kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...

Minat
ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya

Di hadapan orang yang kita CINTA, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita SUKA, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita CINTA, musim sentiasa berbunga-bunga…
Di depan orang yang kita SUKA, musim itu cuma berangin sahaja…
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita CINTA, kita akan
kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita SUKA, kita akan tersenyum…
Di depan orang yang kita CINTA, lidah kelu untuk berkata-kata…
Di depan orang yang kita SUKA, lidah bebas berkata apa sahaja…
Di depan orang yang kita CINTA, kita menjadi malu…
Di depan orang yang kita SUKA, kita akan tunjukkan imej yang sebenar…
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita CINTA…
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita SUKA…
Bila orang yang kita CINTA menangis, kita akan turut menangis…
Bila orang yang kita SUKA menangis, kita akan turut membuat dia gembira…
Perasaan CINTA bermula dari mata,
Perasaan SUKA bermula dari telinga…
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita SUKA…
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata… CINTA berbuah menjadi airmata.
Bila berjauhan dengan orang yang kita CINTA, hati sentiasa ingat dan dekat.
Bila berjauhan dengan orang yang kita SUKA….kadang kala ingat, kadang kala lupa, malah tak ingat langsung pun ada.
Setiap orang akan mengalami perasaan ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama.
Siapa yang kita CINTA ?
Siapa yang kita SUKA ?

oleh itu,kenalilah dahulu perasaanmu...timbang tara dahulu yang mana satu antara keduanya...cinta atau suka....kerna kedua-duanya berbeza matlamat dan impian...bersedialah menghadapi potensi memiliki kedua-duanya.....

Saturday, June 13, 2009

Wanita...

Wanita atau perempuan...seorang insan yang dikategorikan sebagai insan yang banyak cakap..banyak omelan yang keluar dari bibir setiap wanita..selalunya setiap bebelan atau kata2x yang keluar dari bibir wanita adalah penunjuk kepada kasih sayang darinya.Lagi banyak kata2x yang dikeluarkan,makin kuat sayangnya kepada seseorang itu..wanita juga seorang insan yang sensitif..hatinya senang terusik...kdg2x,seorang wanita sanggup mendiamkan diri apabila dirundung kesedihan..sukar untuk meluahkan kepada sesiapa,kerna setiap kesedihan itu seakan-akan terlekat di pintu suaranya..diriku juga seorang yang sensitif,mudah terusik..entahlah,mungkin ditakdirkan kepada setiap wanita ini mempunyai naluri yang sangat rapuh...naluri yang lembut untuk mendidik setiap kelahiran yang baru ke dunia ini...lagi satu,tentang wanita yang berperwatakan kasar...seorang wanita yang berperwatakan kasar sbnrnya seorang yang seorang wanita yang sangat2x lembut dan sensitif....lebih sensitif dari wanita yang berperwatakan lembut...jadi,apabila berdepan dengan wanita yang begini...berhati2xlah apabila berhadapan dengannya,mereka berjiwa halus...bak kata org2x putih 'dun judge a book by its cover'..hawa Allah jadikan sebagai peneman kepada adam.kedua-duanya saling lengkap-melengkapi..Allah tak jadikan hawa sebagai tempat lepas marah,geram dan dipukul...Allh jadikan hawa sebagai peniup semangat kepada adam.sebagai peneman adam dikala duka dan lara...sebagai tempat berkongsi masalah dan peristiwa...jadi,oleh sebab itu Allh jadikan hawa ini seorang yang lembut dan penyayang..ianya sebagai pelengkap kepada insan bergelar hawa dan bukannya sebagai tolok ukuran yang hawa ini lemah...tapi,Ya mmg hawa lemah daripada adam,tapi tak bermaksud adam boleh melepaskan segala kemarahan kepada hawa...kerna hawa bukanlah tmpat untuk melepaskan kemarahan bahkan hawa adalah tempat berkongsi perasaan....kepada semua kaum adam,bimbinglah hawa ke jalan yang benar....sayangilah hawa dengan jiwa yang murni....di sini,yah lampirkan keistimewaan-keistimewaan wanita...artikel ini telah diberikan kepada yah oleh seorang sahabat yang sangat baik dengan yah....seorang yang amat-amat memahami...
hayatilah setiap bait2x ayat ini...


*Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
*Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
*Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
*Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
*Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
*Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
*Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
*Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
*Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
*Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
*Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
*Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
*Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
*Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
*Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..
*Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
*Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
*Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
*Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
*Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
*Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
*Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
*Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
*Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
*Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
*Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
*Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
*Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
*Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
*Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
*Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.