perasaan....
cinta dan suka...
kedua-duanya hampir serupa,tetapi ade perbezaannya....pernah sekali aku bertanya kepada hati...apakah itu cinta?hatiku diam.....aku bertanya sekali lagi,apakah itu suka?hatiku juga diam.mungkin sukar bagi hatiku menjawab kerna sukar hendak menerka apabila hati ini belum penah bersedia untuk kedua-duanya....kenapa Allah hadirkan perasaan cinta dan suka ini??pada pandangan mataku,Allah jadikan perasaan ini adalah untuk menguatkan lagi perasaan kasih dan sayang diantara manusia....aku sendiri tidak pernah merasai apakah perbezaan diantara kedua-duanya..atau mungkin aku penah laluinya tanpa aku sedarinya....mungkin juga...hanya Allah yang mengerti....cinta..perasaan yang pelik....perasaan cemburu yang membuak2x....sifat waspada yang terlalu tinggi...suka....perasaan yang sinis...kerna hanya dengan sekali pandang,perasaan itu timbul....dan yang paling menarik,ianya hanya sekejap sahaja...suka dan cinta....dua perasaan yang timbul dari hati yang sama...cume dari sudut pandangan yang berbeza....
insan istimewa,terima kasih atas artikel yang begitu menarik tentang suka dan cinta ini...banyak membantuku mengenal kedua-duanya dengan lebih mendalam....
ANTARA CINTA DAN SUKA
Cinta
kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
Sayang
kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.
Suka
kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...
Minat
ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya
Di hadapan orang yang kita CINTA, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita SUKA, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita CINTA, musim sentiasa berbunga-bunga…
Di depan orang yang kita SUKA, musim itu cuma berangin sahaja…
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita CINTA, kita akan
kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita SUKA, kita akan tersenyum…
Di depan orang yang kita CINTA, lidah kelu untuk berkata-kata…
Di depan orang yang kita SUKA, lidah bebas berkata apa sahaja…
Di depan orang yang kita CINTA, kita menjadi malu…
Di depan orang yang kita SUKA, kita akan tunjukkan imej yang sebenar…
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita CINTA…
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita SUKA…
Bila orang yang kita CINTA menangis, kita akan turut menangis…
Bila orang yang kita SUKA menangis, kita akan turut membuat dia gembira…
Perasaan CINTA bermula dari mata,
Perasaan SUKA bermula dari telinga…
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita SUKA…
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata… CINTA berbuah menjadi airmata.
Bila berjauhan dengan orang yang kita CINTA, hati sentiasa ingat dan dekat.
Bila berjauhan dengan orang yang kita SUKA….kadang kala ingat, kadang kala lupa, malah tak ingat langsung pun ada.
Setiap orang akan mengalami perasaan ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama.
Siapa yang kita CINTA ?
Siapa yang kita SUKA ?
oleh itu,kenalilah dahulu perasaanmu...timbang tara dahulu yang mana satu antara keduanya...cinta atau suka....kerna kedua-duanya berbeza matlamat dan impian...bersedialah menghadapi potensi memiliki kedua-duanya.....
No comments:
Post a Comment