Saturday, June 13, 2009

Wanita...

Wanita atau perempuan...seorang insan yang dikategorikan sebagai insan yang banyak cakap..banyak omelan yang keluar dari bibir setiap wanita..selalunya setiap bebelan atau kata2x yang keluar dari bibir wanita adalah penunjuk kepada kasih sayang darinya.Lagi banyak kata2x yang dikeluarkan,makin kuat sayangnya kepada seseorang itu..wanita juga seorang insan yang sensitif..hatinya senang terusik...kdg2x,seorang wanita sanggup mendiamkan diri apabila dirundung kesedihan..sukar untuk meluahkan kepada sesiapa,kerna setiap kesedihan itu seakan-akan terlekat di pintu suaranya..diriku juga seorang yang sensitif,mudah terusik..entahlah,mungkin ditakdirkan kepada setiap wanita ini mempunyai naluri yang sangat rapuh...naluri yang lembut untuk mendidik setiap kelahiran yang baru ke dunia ini...lagi satu,tentang wanita yang berperwatakan kasar...seorang wanita yang berperwatakan kasar sbnrnya seorang yang seorang wanita yang sangat2x lembut dan sensitif....lebih sensitif dari wanita yang berperwatakan lembut...jadi,apabila berdepan dengan wanita yang begini...berhati2xlah apabila berhadapan dengannya,mereka berjiwa halus...bak kata org2x putih 'dun judge a book by its cover'..hawa Allah jadikan sebagai peneman kepada adam.kedua-duanya saling lengkap-melengkapi..Allah tak jadikan hawa sebagai tempat lepas marah,geram dan dipukul...Allh jadikan hawa sebagai peniup semangat kepada adam.sebagai peneman adam dikala duka dan lara...sebagai tempat berkongsi masalah dan peristiwa...jadi,oleh sebab itu Allh jadikan hawa ini seorang yang lembut dan penyayang..ianya sebagai pelengkap kepada insan bergelar hawa dan bukannya sebagai tolok ukuran yang hawa ini lemah...tapi,Ya mmg hawa lemah daripada adam,tapi tak bermaksud adam boleh melepaskan segala kemarahan kepada hawa...kerna hawa bukanlah tmpat untuk melepaskan kemarahan bahkan hawa adalah tempat berkongsi perasaan....kepada semua kaum adam,bimbinglah hawa ke jalan yang benar....sayangilah hawa dengan jiwa yang murni....di sini,yah lampirkan keistimewaan-keistimewaan wanita...artikel ini telah diberikan kepada yah oleh seorang sahabat yang sangat baik dengan yah....seorang yang amat-amat memahami...
hayatilah setiap bait2x ayat ini...


*Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
*Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
*Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
*Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
*Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
*Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
*Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
*Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
*Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
*Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
*Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
*Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
*Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
*Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
*Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..
*Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
*Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
*Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
*Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
*Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
*Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
*Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
*Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
*Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
*Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
*Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
*Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
*Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
*Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
*Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
*Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

No comments:

Post a Comment